Raja Muda Selangor rasmikan program 'Plant A Plant'

Tengku Amir Shah berkenan menyiram anak pokok semambu selepas merasmikan program 'Plant A Plant' di SKJT Simpang Lima, hari ini.
Tengku Amir Shah berkenan menyiram anak pokok semambu selepas merasmikan program 'Plant A Plant' di SKJT Simpang Lima, hari ini.
A
A
A

KLANG - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan program 'Plant A Plant' yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) Simpang Lima, di sini.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Prihatin Erat Bersatu Malaysia (HEBAT) itu turut dihadiri 1,000 peserta terdiri daripada guru, ibu bapa dan murid.

Dalam program itu, sebanyak 100 anak pokok semambu dan kelapa ditanam di sekeliling sekolah terbabit.

Raja Muda Selangor turut berkenan menanam anak pokok semambu sebagai simbolik merasmikan program berkenaan.

Terdahulu, Tengku Amir Shah turut menyampaikan komputer riba sumbangan HEBAT kepada 25 murid yang berjaya memperoleh 8A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Turut hadir, Pengerusi HEBAT, AGanesan dan Guru Besar SKJT Simpang Lima, R Chanderan.

Sementara itu, Ganesan berkata, program itu salah satu usaha untuk menghijaukan persekitaran sekolah, sekali gus memberi kesedaran kepada murid untuk menghargai alam sekitar.

"Kami berharap melalui program ini, ia dapat membantu memupuk murid-murid supaya lebih prihatin terhadap alam sekitar dan meneruskan inisiatif hijau dalam kehidupan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, katanya, sumbangan komputer riba itu adalah inisiatif HEBAT sebagai ganjaran kepada mereka yang berusaha keras bagi mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

"UPSR adalah antara peperiksaan yang penting. Jadi sumbangan ini untuk menggalakkan mereka mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan pada masa akan datang," katanya.