Jalinan kasih PKNS

Peserta program diberikan taklimat sebelum memulakan aktiviti water rafting berkenaan.
Peserta program diberikan taklimat sebelum memulakan aktiviti water rafting berkenaan.
A
A
A

PELBAGAI program diatur serta dilaksanakan dalam usaha mengeratkan silaturahim dalam kalangan badan korporat serta pengamal media di negara ini.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menganjurkan Program Jalinan Kasih di Natasya Riverside Resort Gopeng, di Perak pada 27 April lalu.

Masing-masing bergerak memulakan aktiviti selepas diberi penerangan.
Masing-masing bergerak memulakan aktiviti selepas diberi penerangan.

Program berkenaan berjaya menghimpunkan lebih 50 peserta melibatkan pengamal media termasuk kakitangan agensi kerajaan serta swasta.

Selain Sinar Harian, pelbagai agensi media lain turut menyertai program berkenaan antaranya Bernama, Berita Harian, Utusan Melayu Bhd, Kosmo!, China Press dan Media Selangor.

Gelagat peserta program ketika melakukan aktiviti water rafting.
Gelagat peserta program ketika melakukan aktiviti water rafting.

Peserta yang mula tiba di resort berkenaan sekitar 12 tengah hari teruja untuk menyertai acara utama iaitu water rafting.

Menurut Pengurus Konunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim, aktiviti water rafting dipilih sebagai acara utama untuk memberi pengalaman berbeza kepada semua peserta.

Artikel Berkaitan:

Peserta berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti.
Peserta berehat seketika sebelum meneruskan aktiviti.

Katanya, aktiviti berkenaan juga merupakan julung kali dianjurkan bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran PKNS.

“Secara keseluruhannya program ini bertujuan untuk kukuhkan lagi hubungan PKNS dengan pengamal media media. Hampir 50 peserta terlibat dan semuanya gembira sepanjang program berlangsung,” katanya.

Masing-masing teruja menyertai acara water rafting.
Masing-masing teruja menyertai acara water rafting.

PKNS sebelum ini pernah menganjurkan Malam Aspirasi Media dan aktiviti Go-Kart bagi meraikan petugas media.

Menurut Ishak, pemilihan water rafting kali ini bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti yang dianjurkan sebagai tanda kenangan kepada semua peserta.

Wajah gembira peserta menamatkan acara water rafting.
Wajah gembira peserta menamatkan acara water rafting.

Pihaknya turut merancang untuk menghidupkan semula tradisi menganjurkan Malam Aspirasi Media.