Enam maut kemalangan, Salam Ramadan rupanya ucapan terakhir

Rumah Mohd Syaril bersama isteri dan anaknya di Taman Meru Jaya. Gambar kecil: Firdaus dan Syarifuddin
Rumah Mohd Syaril bersama isteri dan anaknya di Taman Meru Jaya. Gambar kecil: Firdaus dan Syarifuddin
A
A
A

MERU - Terkejut. Tidak menyangkap ucapan 'Selamat Menyambut Ramadan' merupakan kata-kata yang diungkapkan kepada jirannya mangsa kemalangan, Mohd Syaril Sulaiman dan keluarga di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan awal pagi tadi.

Syarifuddin Fawzi,30, berkata kali terakhir mereka berjumpa adalah kira-kira jam 10.30 malam semalam.

"Masa itu saya berada di luar rumah, sedang berkemas barang nak ke rumah ibu mentua, ternampak Mohd Syaril dan isterinya.

"Kami tak berbual panjang pun, cuma ucap selamat berpuasa dan pesan kepada dia berhati-hati pandu kereta.

"Tidak sangka berita kemalangan yang kami dengar itu melibatkan jiran, sedangkan baru semalam berbual," katanya yang ditemui di Taman Meru Jaya di sini hari ini.

Mengakui terkejut dan seperti tidak percaya, tetapi selepas membacanya di portal berita yang dikongsi di media sosial, barulah dia percaya dan menerima hakikat kejadian itu menimpa jirannya.

"Apa pun saya berharap dan sentiasa berdoa buat Mohd Syaril agar dia tabah dengan segala ujian ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi jiran Mohd Syaril, Firdaus Mokhtar,37, berkata kali terakhir mereka bertemu petang semalam bersama anak-anaknya.

Artikel Berkaitan:

"Ketika itu dia tengah membasuh kereta, saya sempat tegur dan berbual dengannya, anak-anak dia pun main macam biasa di depan rumah mereka.

"Keadaan macam biasa... tidak nampak sebarang perubahan atau apa-apa, jadi apabila terima berita ini, kami memang sangat terkejut, saya doakan yang terbaik untuknya dan keluarga," katanya yang cukup rapat dengan keluarga Mohd Syaril.

Katanya, Mohd Syaril, isteri dan anak-anaknya memang jiran yang baik dan sering bertegur sapa kerana tinggal sebelah-menyebelah.

"Jadi bila dengar berita ni... jujur saya katakan, memang saya sangat sedih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal menjelang Ramadan

Terdahulu, enam maut termasuk seorang bayi perempuan apabila dua kenderaan bertembung di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, empat beranak iaitu pemandu Perodua Kancil, Nasrul Fakhri Mansor, 38 dan isterinya, Hartini Moktar, 37, serta anak ketiga mereka, Nur Faqihah, 4, maut di lokasi kejadian, manakala anak bongsu pasangan itu, Nur Fateen Sufi yang berusia setahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub.

Sementara itu, anak sulung mereka, Muhammad Haziq,10, dan anak kedua, Nur Fathiyah, 8, mengalami kecederaan parah.

Kejadian itu turut meragut nyawa dua penumpang Perodua Myvi, Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, dan Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2.

Kemalangan tersebut mengakibatkan tiga mangsa yang menaiki Perodua Myvi iaitu suami Hasliza, Mohd Syaril Sulaiman, 44, dan dua anak mereka, Khaliesa Khairina, 7, dan Dhia Afriena, 5, cedera parah.

#SalamRamadanrupanyaucapanterakhir #SinarHarianEdisiSelangorKL MERU - Terkejut. Tidak menyangka ucapan 'Selamat Menyambut Ramadan' merupakan kata-kata yang diungkapkan kepada jirannya mangsa kemalangan, Mohd Syaril Sulaiman dan keluarga di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan awal pagi tadi. Syarifuddin Fawzi,30, berkata kali terakhir mereka berjumpa adalah kira-kira jam 10.30 malam semalam. "Masa itu saya berada di luar rumah, sedang berkemas barang nak ke rumah ibu mentua, ternampak Mohd Syaril dan isterinya. "Kami tak berbual panjang pun, cuma ucap selamat berpuasa dan pesan kepada dia berhati-hati pandu kereta. "Tidak sangka berita kemalangan yang kami dengar itu melibatkan jiran, sedangkan baru semalam berbual," katanya yang ditemui di Taman Meru Jaya di sini hari ini. Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/26581/BERITA/Tragedi/Enam-maut-kemalangan-Salam-Ramadan-rupanya-ucapan-terakhir LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIFF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, May 4, 2019