Ajal menjelang Ramadan

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan awal pagi tadi. (Gambar kecil: Nasrul (kiri) dan Hasliza)
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan awal pagi tadi. (Gambar kecil: Nasrul (kiri) dan Hasliza)
A
A
A

RAUB - [DIKEMASKINI] Enam maut termasuk seorang bayi perempuan apabila dua kenderaan bertembung di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, empat beranak iaitu pemandu Perodua Kancil, Nasrul Fakhri Mansor, 38 dan isterinya, Hartini Moktar, 37, serta anak ketiga mereka, Nur Faqihah, 4, maut di lokasi kejadian, manakala anak bongsu pasangan itu, Nur Fateen Sufi yang berusia setahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub.

Sementara itu, anak sulung mereka, Muhammad Haziq,10, dan anak kedua, Nur Fathiyah, 8, mengalami kecederaan parah.

Kejadian itu turut meragut nyawa dua penumpang Perodua Myvi, Hasliza Arini Muhamad@Hamid, 34, dan Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2.

Kemalangan tersebut mengakibatkan tiga mangsa yang menaiki Perodua Myvi iaitu suami Hasliza, Mohd Syaril Sulaiman, 44, dan dua anak mereka, Khaliesa Khairina, 7, dan Dhia Afriena, 5, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian, Perodua Kancil yang dipandu Nasrul Fakhri dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Kereta Perodua Myvi yang dipandu, Mohd Syaril dari arah Raub tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan kereta Perodua Kancil terbabit.

"Kejadian itu menyebabkan beberapa mangsa tersepit hingga lima maut, manakala tiga lagi cedera," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Kancil dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk.

"Semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan dua kanak-kanak yang parah turut dirawat di hospital sama manakala pemandu Perodua Myvi dirujuk ke Hospital Lipis.

"Kita telah mendapatkan keterangan awal daripada saksi kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.