'Allahyarham Hasliza Arini mengandung lima bulan'

Sapinah sebak apabila anaknya, Hasliza Arini serta seorang cucunya maut dalam kemalangan di dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang.
Sapinah sebak apabila anaknya, Hasliza Arini serta seorang cucunya maut dalam kemalangan di dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang.
A
A
A

TUMPAT - "Allahyarham anak saya sedang mengandung lima bulan, bakal timang cahaya mata keempat," kata Sapinah Hussain, 67.

Sapinah merupakan ibu Allahyarham Hasliza Arini Muhammad@Hamid, 34, ditemui di rumahnya di Kampung Kelaboran di sini hari ini.

Sapinah berkata, dia tidak tahu Allahyarham dan menantu bersama tiga anak mereka mahu pulang ke kampung.

"Makcik ada bercakap melalui telefon dengan Allahyarham kelmarin tapi dia tak bagitahu nak pulang.

"Tiba-tiba pagi ini, adik Hasliza, Hazwani, 28, beritahu saya Allahyarham terlibat kemalangan.

"Dia tahu tentang kemalangan itu selepas tular di media sosial," katanya.

Menurutnya, luluh hatinya selepas mendapat berita kemalangan itu yang turut meragut nyawa seorang cucunya, Muhammad Khalish Kautsar Mohd Syaril, 2.

Artikel Berkaitan:


Gambar kenangan Allahyarham Hasliza Arini mendukung anaknya, Muhammad Khalish yang maut bersama dua lagi anaknya yang parah dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang.
Gambar kenangan Allahyarham Hasliza Arini mendukung anaknya, Muhammad Khalish yang maut bersama dua lagi anaknya yang parah dalam kemalangan di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, Raub, Pahang.

Katanya, dua lagi cucunya cedera parah iaitu Khaliesah Khairina,7, Dhia Afriena, 5, termasuk menantunya Mohd Syaril Sulaiman 44.

"Mereka nak buat kejutan untuk saya tapi bertukar tragedi ngeri buat kami.

"Saya hanya mampu berdoa semoga menantu dan dua cucu saya yang kritikal itu dilindungiNya," katanya yang turut memaklumkan anaknya seorang akauntan di Klang, Selangor.

Kali terakhir Sapinah bertemu Allahyarham Hasliza Arini pada raya Tahun Baru Cina lalu apabila dia ke rumah anaknya di Klang.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kelaboran malam ini.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan enam maut termasuk seorang bayi perempuan apabila dua kenderaan bertembung di Kilometer 348 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu dekat Simpang Ruan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, empat beranak iaitu pemandu Perodua Kancil, Nasrul Fakhri Mansor, 38 dan isterinya, Hartini Moktar, 37, serta anak ketiga mereka, Nur Faqihah, 4, maut di lokasi kejadian, manakala anak bongsu pasangan itu, Nur Fateen Sufi yang berusia setahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub.

Sementara itu, anak sulung mereka, Muhammad Haziq,10, dan anak kedua, Nur Fathiyah, 8, mengalami kecederaan parah.

Kejadian itu turut meragut nyawa dua penumpang Perodua Myvi, Hasliza Arini dan Muhammad Khalish Kautsar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal menjelang Ramadan