Sila log masuk terlebih dahulu.

 Orang Asli tetap selamat walaupun bina empangan

26 Jun 2023 | Video Shorts
A
A
A
Orang Asli tetap selamat walaupun bina empangan

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pembinaan empangan besar tidak lagi menjadi keutamaan terutama di Semenanjung dan melihat hidro mini antara pilihan dalam mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Tambahnya lagi, walaupun projek mini hidro menghasilkan impak minimal, tetapi pada masa sama ada kampung Orang Asli bersebelahan tidak dapat dibekalkan elektrik.

Ikuti sesi dialog bersama beliau berkenaan isu-isu semasa dalam Town Hall Rakyat Bersama Nik Nazmi Nik Ahmad di semua platform media sosial Sinar Harian.

#TownHallRakyat #SinarHarian #NikNazmiNikAhmad #NRECC