Subsidi air bersasar sedang diusahakan secepat mungkin

Nik Nazmi ketika program Townhall Rakyat yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman di Auditorium Sinar Harian hari ini. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.
Nik Nazmi ketika program Townhall Rakyat yang dihoskan oleh Azhar Sulaiman di Auditorium Sinar Harian hari ini. - Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan kini sedang berusaha untuk mempercepatkan pemberian subsidi air secara bersasar kepada rakyat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, nilai air terlalu murah ketika ini menyebabkan banyak pembaziran berlaku.

"Rakan saya berbangsa Arab pelik bila mereka tengok orang kita berwuduk dengan air terlalu banyak. Mereka sendiri tak buat begitu.

"Penggunaan air secara terkawal perlu diambil perhatian. Contohnya di Australia, bekalan air mereka kurang.

"Jadi, menjadi satu kesalahan buat mereka untuk menggunakan air paip semasa kemarau kerana ia hanya digunakan untuk mandi sahaja," kata beliau semasa program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian edisi kelima pada Isnin.

Jelasnya, pengurusan syarikat air juga penting dalam memastikan tiada pembaziran berlaku

Nik Nazmi menambah, kadar air tidak berhasil akibat masalah kebocoran paip atau kecurian menyebabkan masalah itu berlanjutan.

Ujar beliau, masalah berkenaan jelas berlaku antaranya di Kelantan dengan kadar sehingga 50 peratus.