Mengundi pertahankan Islam fardu ain - Abdul Hadi

Abdul Hadi semasa berucap pada ceramah di Ppakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN
Abdul Hadi semasa berucap pada ceramah di Ppakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada malam Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN
A
A
A

KOTA BHARU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan mengundi mempertahankan Islam merupakan fardu ain.

Beliau berkata, perkara itu wajib bagi semua pengundi lelaki dan wanita termasuk golongan muda.

"Jangan pula kita tidak keluar mengundi," katanya semasa berucap pada ceramah di Pakat Pertahan Kelantan Pas Pilihanku dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam Sabtu.

Lebih 2,000 penyokong Pas hadir mendengar amanah yang disampaikan oleh pemimpin nombor satu parti itu.

Hadir sama ialah Setiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan kepimpinan kerajaan Kelantan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, mengundi adalah tanggungjawab sangat besar dan bukan boleh dibuat main.

Ujarnya, seluruh rakyat disaran untuk memberikan sokongan kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

"Sokongan itu penting memandangkan UMNO sudah tidak mampu ketika ini.

"Semoga segala usaha ini (keluar mengundi) akan diberkati oleh ALLAH," katanya.