Tadbir urus kerajaan, korporat elemen kejayaan PH

Kerajaan hari ini berjaya mengkaji dan menyemak semula segala kerjasama yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dalam menandatangani projek-projek mega termasuklah projek ECRL. - FOTO BERNAMA (Gambar kecil: Ahmad Martadha)
Kerajaan hari ini berjaya mengkaji dan menyemak semula segala kerjasama yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dalam menandatangani projek-projek mega termasuklah projek ECRL. - FOTO BERNAMA (Gambar kecil: Ahmad Martadha)
A
A
A

SHAH ALAM - Elemen tadbir urus kerajaan dan tadbir urus korporat yang dijalankan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama setahun memerintah merupakan elemen utama yang menyumbang kepada kejayaan PH.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamad berkata, usaha PH untuk meningkatkan tadbir urus yang baik dalam kerajaan adalah perubahan yang terbesar dalam pemerintahan PH selama setahun.

Beliau berkata, antara perkara yang penting dilaksanakan kerajaan bagi memastikan tadbir urus kerajaan yang baik adalah seperti memastikan pengaruh politik itu tidak ada lagi dalam pentadbiran.

“Perkara ini dapat dilihat apabila kerajaan mengembalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada individu yang mempunyai kepakaran tertentu dan tidak meletakkan ahli-ahli politik.

“Kita lihat pelantikan jawatan penting seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara dan sebagainya berdasarkan merit dan bukan lagi berlandaskan kronisme seperti kerajaan dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, perubahan yang dibawa dalam tadbir urus kerajaan yang baharu itu berjaya mengurangkan kadar rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian berjuta ringgit.

Beliau berkata, kerajaan hari ini bukan sahaja berjaya mengurus tadbir kerajaan dengan baik malah kerajaan PH juga berjaya untuk mentadbir urus dengan baik dari segi korporat.

Katanya, kerajaan berjaya mengkaji dan menyemak semula segala kerjasama yang dibuat oleh kerajaan terdahulu dalam menandatangani projek-projek mega termasuk projek ECRL dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan terdahulu gagal mentadbir urus korporat dengan baik dan menjadi amalan mereka sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian,” katanya.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
Kerajaan PH

Wibawa Parlimen dikembalikan

No Image Caption
Kerajaan PH

Debat undang-undang, Perlembagaan semakin rancak