Sila log masuk terlebih dahulu.

Pertimbang bina rumah transit untuk pelajar

23 Jun 2023 | Video Shorts
A
A
A

SHORTS DIALOG SISWA 23 JUN

Kerajaan Sabah dicadangkan supaya membina rumah transit untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Program Perumahan Rakyat (PPR).

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah, Datuk Masiung Banah berkata, rumah itu dibina bagi mengurangkan beban pelajar serta ibu bapa yang terpaksa menanggung kos rumah sewa yang semakin meningkat pada masa kini.

Beliau yang juga ADUN Kuamut berkata demikian menerusi platform Dialog Siswa bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Menteri Kerja Raya yang diadakan di Dewan Al Bukhari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Ikuti petikan 'Dialog Siswa 'terbang' ke Negeri Di Bawah Bayu’ di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Facebook: https://fb.watch/lj_efNUy2w/

Youtube: https://www.youtube.com/live/CMHOPJsDs6Y?feature=share

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1671857890276294656?s=20

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264868/berita/nasional

#DialogSiswa #SinarHarian #UiTM #ShahelmeyYahya #MasiungBanah