Bapa rogol anak kandung dijel 31 tahun, 17 sebatan

Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Gua Musang atas lima pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya dan memiliki video pornografi.
Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Gua Musang atas lima pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya dan memiliki video pornografi.
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan 17 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tujuh pertuduhan iaitu merogol anak kandungnya, amang seksual dan memiliki video pornografi.

Tertuduh yang berusia 45 mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya sejak mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di sini bermula pada Jun 2020.

Kali terakhir tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu pada 30 Mei lalu.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan enam sebatan.

Bagi pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 292(B) Kanun Keseksaan, tertuduh mengaku memiliki video lucah di dalam telefon bimbit jenis Realme dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dari tarikh tangkapan dibuat.

Untuk Seksyen 8 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan lima sebatan.

Bagi kesalahan Seksyen 14 (d) Akta Keselahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh dijatuhkan hukuman enam sebatan.

Terdahulu, pada 4 Jun 2023, mangsa telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bertam, selepas tertuduh bertindak meraba mangsa pada 30 Mei lalu.