Wanita Amanah, PKR Kelantan hantar senarai calon PRN

Hafidzah
Hafidzah
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan telah menyerahkan senarai nama calon-calon yang dirasakan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti, kata Ketuanya, Dr Hafidzah Mustakim.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Kelantan berkata, pihaknya berharap agar potensi yang ada pada kaum wanita dapat ditingkatkan lagi di peringkat kepimpinan parti, sehingga melayakkan mereka menjadi wakil rakyat.

"Dengan lebih ramai calon wanita dalam PRN kali ini kita berharap isu-isu wanita dan keluarga serta pelbagai permasalahan infrastruktur dan sosioekonomi rakyat di Kelantan dapat diselesaikan dengan lebih baik," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, umum mengetahui bahawa kejayaan sesebuah parti politik bergantung kepada kekuatan jentera wanita mereka untuk melakukan aktiviti kempen dan pelbagai khidmat di peringkat akar umbi.

Sementara itu Ketua Wanita PKR Kelantan, Nor Azmiza Mamat memaklumkan pihaknya juga telah menghantar senarai nama calon untuk pertimbangan pimpinan parti.

"Kita telah buat keputusan menghantar dua nama untuk pertimbangan parti,” katanya.

DUN Kelantan yang mempunyai 45 kawasan, akan dibubar pada 22 Jun ini untuk memberi laluan kepada PRN, yang bakal menyaksikan perebutan kerusi yang sengit antara PAS dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan PH. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

PH Kelantan serah senarai calon PRN

PRN: Bersatu Kelantan letak calon boleh menang lawan BN