PH Kelantan serah senarai calon PRN

Muhamad (kiri) menurunkan tandatangan semasa Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas diantara beliau dan bekas Pengerusi KADA, Kamaruddin (kanan) di Ibu Pejabat KADA, Kota Bharu pada Selasa.
Muhamad (kiri) menurunkan tandatangan semasa Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas diantara beliau dan bekas Pengerusi KADA, Kamaruddin (kanan) di Ibu Pejabat KADA, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Pakatan Harapan (PH) Kelantan sudah menyerahkan senarai nama pendek kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk dinilai sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Muhamad Husain berkata, senarai nama itu meliputi pelbagai latar belakang dan pihaknya menyerahkan kepada pucuk tertinggi parti untuk membuat keputusan.

"Kita sudah hantar dan hanya tunggu kelulusan daripada pimpinan pusat.

"Setakat ini, PH akan bertanding di 14 kerusi, manakala senarai calon pendek telah dibuat," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Sebelum itu Muhamad hadir pada Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas di antara beliau dan bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Kamaruddin Md Nor di sini.

Menurut beliau, peningkatan sokongan orang ramai terhadap PH di negeri ini dilihat tidak memberikan jalan mudah kepada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRN nanti.

Ujarnya, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH ke negeri ini menerima sambutan yang sangat luar biasa.

Muhamad memberitahu, melihat kepada sambutan itu pihaknya berharap pada PRN nanti akan turut memberikan peluang kepada PH untuk menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN).

ARTIKEL BERKAITAN:

PRN: Tiada masalah pembahagian kerusi di Kelantan

PRN Kelantan: Pas jangka PH, UMNO beri tentangan sengit