Senyuman iringi pertemuan KJ dan Muhyiddin

Khairy memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin menerusi hantaran dimuat naik di InstaStory.
Khairy memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin menerusi hantaran dimuat naik di InstaStory.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memuat naik gambarnya bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran dimuat naik di InstaStory pada Isnin menimbulkan tanda tanya.

Melalui hantaran itu, kedua-dua individu berkenaan kelihatan tersenyum.

Bagaimanapun, tiada sebarang keterangan diletakkan menerusi gambar dimuat naik tersebut.

Pada Sabtu, Muhyiddin menyatakan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Tawaran dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO, mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Bagaimanapun, Khairy sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berhubung tawaran tersebut.