Tidak berlaku kes air kotor - ADUN Duyong

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengesahkan tidak menerima sebarang aduan berhubung air kotor yang dialami beberapa penduduk di Taman Seri Duyong Dua.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan berkenaan telah mengenal pasti rumah terlibat dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) juga telah membuat siasatan melalui unit kualiti air.

"Dua-dua rumah telah disemak, dan didapati bersih serta memenuhi syarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

"Jadi dari dapatan itu, saya setuju kes ini dianggap selesai," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Sinar Harian pada Ahad menyiarkan penduduk di Taman Seri Duyong Dua, di sini mendakwa mendapat bekalan air keruh sejak sebulan lalu.

Salah seorang penduduk, Gan Lee Gee, 47, berkata, pada mulanya beliau menyangka masalah itu hanya berlaku dalam tempoh sekejap, namun berlarutan sehingga kini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!