Michael Ang mimpi Kaabah

Pengarah, Micheal Ang
Pengarah, Micheal Ang
A
A
A

PADA Selasa lalu, industri seni hiburan dikejutkan dengan sebuah video yang dikongsi sendiri oleh pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang yang membuat pengakuan sudah memeluk agama Islam.

Menurut saudara baharu berusia 43 itu, dia berasa sangat lega apabila perasaan yang dipendam sejak Februari tahun lalu akhirnya dapat diluahkan.

“Sebelum ini ramai juga rakan artis yang bertanya tentang status agama saya. Terutama apabila ada yang nampak kad pengenalan Islam saya yang telah mula tersebar sejak April lalu. Jadi, saya ambil keputusan untuk membuat pengumuman secara rasmi sebelum pelbagai spekulasi timbul.

“Bila dah luahkan secara terang-teranganan ini, saya berasa lega. Saya sudah boleh menjawab dan beri ucapan salam kepada semua rakan kenalan artis dan sesiapa sahaja sekarang tanpa rasa serba salah,” ujar Michael yang ditemui Sinar Harian pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2019 Live di MeleTOP, Astro, Bukit Jalil.

Micheal Ang pada Majlis Tayangan Perdana Rancangan Ramadhan Astro 2019,
Micheal Ang pada Majlis Tayangan Perdana Rancangan Ramadhan Astro 2019,

Pengarah popular itu turut mendedahkan hal sebenar kenapa baru hari ini dia tampil berkongsi mengenai perkara tersebut.

“Sebenarnya saya tak mahu terima kecaman daripada netizen. Keimanan seorang itu antara diri sendiri dengan ALLAH SWT. Siapa mereka nak menghakimi saya?

Artikel Berkaitan:

“Justeru, daripada mendengar tohmahan dan kejian orang ramai lebih baik saya diam.

“Namun saya minta satu perkara sahaja. Kalau ada salah tolong tunjukkan sebab saya budak baharu belajar mengenal Islam. Doakanlah yang baik-baik,” ujarnya.

Mengenai nama Islam, Michael berkata dia mengekalkan nama asal.

“Ini adalah nama pemberian ibu bapa, jadi saya kena hargai dan hormati. Lebih-lebih lagi mereka turut menyokong apabila saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam,” tuturnya.

Micheal Ang pada Majlis Tayangan Perdana Rancangan Ramadhan Astro 2019,
Micheal Ang pada Majlis Tayangan Perdana Rancangan Ramadhan Astro 2019,

Proses mencari, akhirnya bertemu

Menyelami episod gembira pengarah terkenal drama bersiri Suri Hati Mr Pilot itu, dia berkongsi sejak berusia belasan tahun lagi dia sudah mempercayai bahawa Tuhan hanya ada satu.

“Sebenarnya, sejak saya berusia 14 tahun lagi sudah percayakan bahawa Tuhan hanya ada satu. Tuhan yang mana satu, pada ketika itu saya masih mencari-cari lagi.

“Sehinggalah dua tahun lepas saya bermimpi, ada orang bawa saya masuk ke dalam rumah. Selepas saya Google, rupa-rupanya rumah itu adalah Kaabah.

“Sejujurnya sebelum ini saya fikirkan Kaabah itu adalah batu yang dibaluti dengan kain dan tak tahu pula di dalamnya ada ruang.

“Jadi, dalam mimpi itu memang serupa sebagaimana yang saya cari di Internet dan saksikan video dalam Kaabah di YouTube.

Micheal Ang pada Majlis Tayangan Perdana Rancangan Ramadhan Astro 2019,
Micheal Ang pada Majlis Tayangan Perdana Rancangan Ramadhan Astro 2019,

“Dalam mimpi saya juga, ada emas yang tergantung dan kalau dapat kita tengok di dalam Kaabah pula ialah teko. Kemudian dalam mimpi saya juga ada pancuran air yang wangian macam bunga ros.

“Selain itu, ada diperlihatkan tulisan jawi pada jubin dinding rumah. Dalam erti kata lain, selepas mimpi itu ada perasaan yang kuat mengatakan rumah berkenaan adalah Kaabah,” imbau Michael.

Tidak mengambil masa yang lama akhirnya Michael membuat keputusan untuk memeluk agam Islam.

“Selepas bermimpi, saya mula belajar perlahan-lahan tentang Islam sampailah saya membuat keputusan ini,” katanya.