900,000 pil perangsang dirampas di Myanmar

Pihak berkuasa Myanmar merampas 900,000 pil perangsang di bandar komersial Yangon. - Gambar hiasan
Pihak berkuasa Myanmar merampas 900,000 pil perangsang di bandar komersial Yangon. - Gambar hiasan
A
A
A

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar merampas 900,000 pil perangsang di bandar komersial Yangon, menurut kenyataan Jawatankuasa Pusat Kawalan Penyalahgunaan Dadah pada Khamis.

Bertindak atas maklumat, polis antinarkotik menyerbu sebuah rumah di Perbandaran Kamayut, Yangon pada 11 Jun dan merampas pil peransang berkenaan, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Rampasan itu bernilai kira-kira 900 juta kyat (kira-kira AS$428,571).

Siasatan awal menunjukkan pil itu diedar dan dijual kepada golongan muda di KTV, kelab, bar dan restoran di Yangon.

Dua suspek telah didakwa dalam kes itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama