Konvoi bermotosikal sejauh 460 km promosi Terengganu

Konvoi sejauh 460 kilometer bermula dari Marang ke Melaka.
Konvoi sejauh 460 kilometer bermula dari Marang ke Melaka.
A
A
A

MARANG - Sebanyak 32 motosikal bawah kelas 250cc daripada Kelab Majlis Daerah Marang (MDM) Bikers mengambil bahagian dalam konvoi sejauh 460 kilometer (km) sempena mempromosikan Terengganu.

Konvoi dari Marang ke Melaka itu diketuai Yang DiPertua MDM, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim bermula di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Marang, di sini hari ini.

Mohd Huzairil berkata, program itu adalah sebagai usaha MDM untuk mempromosikan pusat pelancongan di negeri ini sebagai destinasi tumpuan kepada pelancong.

"Kita ada bawa risalah untuk diagihkan. Kita mendoakan peserta kembara ini dapat menempuh cabaran perjalanan ini serta dapat mempromosikan Terengganu,” katanya, hari ini.

Majlis perlepasan konvoi diketuai Mohd Huzairil (tengah) dan disempurnakan Nor Nadia (kiri) di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Marang, pagi tadi.
Majlis perlepasan konvoi diketuai Mohd Huzairil (tengah) dan disempurnakan Nor Nadia (kiri) di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Marang, pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, penganjuran konvoi itu juga bagi mengeratkan hubungan ahli Kelab MDM Bikers yang dianggotai sepenuhnya kakitangan MDM yang aktif dalam aktiviti konvoi bermotosikal.

"Kita juga mengadakan program ini untuk merapatkan lagi hubungan diantara kakitangan MDM dan kakitangan Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka yang akan menyambut ketibaan konvoi" katanya.

Majlis perlepasan konvoi itu disempurnakan Setiausaha MDM, Nor Nadia Zahirah Zakaria.

Artikel Berkaitan: