Lebuhraya SUKE fasa 2 dibuka, tol percuma 2 minggu - Nanta

Lebuhraya SUKE fasa dua akan dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam ini dengan tol percuma di Plaza Tol Alam Damai selama dua minggu. - Foto: PROLINTAS
Lebuhraya SUKE fasa dua akan dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam ini dengan tol percuma di Plaza Tol Alam Damai selama dua minggu. - Foto: PROLINTAS
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) fasa dua akan dibuka secara rasmi kepada pengguna bermula 12.01 tengah malam ini, dengan tol percuma di Plaza Tol Alam Damai selama dua minggu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selepas dua minggu, kadar bayaran tol di plaza tol tersebut ialah RM2.30.

Beliau berkata, Lebuhraya SUKE fasa dua itu melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) hingga Persimpangan Cheras-Kajang melengkapkan jajaran utama SUKE sepanjang 24.4 kilometer bermula dari persimpangan Sri Petaling berakhir di persimpangan Bukit Antarabangsa.

"Jajaran itu dapat menjimatkan masa perjalanan dari Sri Petaling ke Ulu Kelang kepada 25 minit berbanding 75 minit melalui laluan sedia ada.

"Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menjangkakan sebahagian pengguna Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) akan beralih ke Lebuhraya SUKE seusai pembukaan penuh jajaran utamanya,” katanya pada majlis perasmian pembukaan fasa dua Lebuhraya SUKE di Plaza Tol Alam Damai, di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL