Durian kampung

A
A
A

Peraih durian, Ilyas Nasib atau mesra dipanggil Pak Yas menunjukan durian kampung di premis miliknya ketika ditemui Bernama di Kampung Bawah Gunung semalam.

Durian Pak Yas Batu Kurau tidak asing lagi buat penggemar raja buah itu memandangkan beliau antara peraih buah-buahan utama di Kampung Bawah Gunung.

Menurut Pak Yas, keenakan Durian Batu Kurau terletak pada rasanya yang berlemak dan isi yang tebal. Jangan tertumpu kepada warna isi durian kerana rasanya tidak dapat ditandingi.