Sila log masuk terlebih dahulu.

Veteran tentera perlu ada kerjaya kedua

14 Jun 2023 | Video Shorts
A
A
A
Veteran tentera perlu ada kerjaya kedua

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata anggota tentera yang berpencen di usia 40 tahun mempunyai peluang yang besar menjadi M40 sekiranya dapat menambah pendapatan menerusi kerjaya kedua.

Menurutnya, anggota tentera yang berpencen hampir 80 peratus terlibat dalam kerjaya keusahawanan dan kerajaan akan memberikan lebih pengetahuan untuk menceburi bidang ini.

Ikuti perbincangan menarik di antara Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Pengarah Operasi Konsortium Veteran ATM, Leftenan Kolonel (B) Jalil Ithnin dan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Kapten (B) Datuk Sharuddin Omar dalam Wacana Siri 401 yang bertajuk 'Membela Sosioekonomi Veteran Tentera' di semua platform digital Sinar Harian.

Video penuh: https://fb.watch/l87c6FqEYp/?mibextid=qC1gEa

#WacanaSinar #SinarHarian