MU gagal 'goda' de Jong

De Jong
De Jong
A
A
A

FRENKIE de Jong mengetepikan dakwaan bahawa dia mungkin berpindah ke Manchester United pada musim panas ini.

Pemain berusia 26 tahun itu telah disenaraikan dalam senarai pendek pemain yang dimahukan oleh Erik ten Hag untuk berada dalam pasukan the Red Devils musim depan.

"Sudah jelas saya tidak akan berpindah terutama selepas perkara sama terjadi pada musim panas tahun lalu.

"Saya sentiasa tahu bahawa saya mahu kekal di Barcelona. Itulah sebabnya saya tidak terlalu memikirkan mengenai ke kelab lain.

"Selain itu, saya baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak (pada 2020) jadi saya sentiasa merasakan bahawa saya berada dalam kawalan dan boleh membuat keputusan sendiri.

"Itulah sebabnya saya tidak ambil kisah mengenainya (perpindahan). Saya gembira di Barcelona dan menganggap saya masih akan bermain di sini musim depan," katanya.

De Jong telah memainkan peranan penting dalam kempen di Barcelona musim ini selepas membantu pasukan memenangi La Liga.

Peranannya di kelab itu musim depan akan menjadi lebih besar selepas tonggak senior kelab Catalan itu, Sergio Busquest telah mengumumkan persaraan baru-baru ini.

"Ia akan berbeza musim depan apabila Busquets tiada. Dia bermain untuk Barcelona selama 15 tahun, anda akan merasai kehilangan seorang pemain yang hebat," katanya.