Johor hargai peruntukan khas kerajaan

Onn Hafiz - Foto: Bernama
Onn Hafiz - Foto: Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mezahirkan penghargaan terhadap peruntukan khas daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih atas keprihatinan Menteri Kesihatan,Dr Zaliha Mustafa, Datuk Dr Zulkapli Mohamed (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) dan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KKM, Datuk Sri Norazman Ayob.

"Alhamdulillah. Bagi pihak kerajaan Johor, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas perkongsian bantuan ini.

"Tidak lupa juga kepada Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Datuk Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), KKM atas keprihatinan mereka turun padang tempoh hari.

"Tuhan sahaja dapat membalas budi baik dan bantuan ini dan semoga dipermudahkan segala urusan," katanya pada Isnin.

Sebelum itu, KKM pada Isnin telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600.00 bagi tujuan pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk membolehkan kedua-dua wad berkenaan di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail dibuka segera, antaranya set katil, Defib With Pacing,

Basic Dinamp, Vital Sign 4 Channel, ECG Machine, Portable X-Ray Viewer dan lain-lain.

Selain itu, waran peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM634,916.00 telah diturunkan juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi perolehan aset bukan perubatan (ABR) untuk memenuhi keperluan yang mendesak di kedua-dua Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.