KKM sasar kurangkan 25 peratus kes penyakit darah tinggi

Dr Zaliha - Foto Bernama
Dr Zaliha - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk mengurangkan kes penyakit tekanan darah tinggi sebanyak 25 peratus menjelang 2025.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, dalam tempoh itu, KKM juga meletakkan sasaran untuk mengurangkan penggunaan garam sebanyak 30 peratus selain memastikan tiada peningkatan kadar obesiti dengan memastikan ia kekal berada di bawah paras 15 peratus.

"Khusus bagi penyakit diabetes, kita dapati sebanyak 31.89 peratus pesakit diabetes telah capai tahap Colon Diabetes yang baik iaitu bacaan HbA1c kurang daripada 6.5 peratus.

"Untuk diabetes ini juga kita lakukan pemantauan melalui pengukuran darah atau paras glukosa darah dalam masa setiap tiga bulan bagi pesakit-pesakit dirawat di klinik kesihatan dan pemantauan ini dibuat melalui National Diabetes Registry (NDR)," katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai sasaran kementerian bagi mengurangkan kadar mereka yang menghidapi penyakit diabetes dan darah tinggi dalam negara ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini pada Isnin. - Bernama