TH saran orang ramai hati-hati dengan 'scammer' di Telegram

TH menasihati pendeposit mereka untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah. - Foto Bernama
TH menasihati pendeposit mereka untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer di aplikasi Telegram.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat pihak yang menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform itu.

Scammer tersebut turut menubuhkan Group Chat (Tabung Haji & Pelaburan) di Telegram untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.

TH menasihati pendeposit mereka untuk tidak tertipu dan menjadi mangsa scammer dengan penawaran yang tidak munasabah terutamanya daripada pihak ketiga.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919. - Bernama