Perwakilan UMNO harap tiada lagi kenyataan hiris hati Melayu

Suaasana para perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - Foto Bernama (Gambar kecil: Suriany, Ilkham, Ahmad Nizam)
Suaasana para perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. - Foto Bernama (Gambar kecil: Suriany, Ilkham, Ahmad Nizam)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perwakilan bersetuju terhadap peringatan yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang ‘mengusik’ hati dan perasaan orang Melayu.

Mereka memaklumkan bahawa setiap ahli parti yang membentuk kerajaan seharusnya bersama-sama bertanggungjawab untuk tidak memberikan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan perbalahan dan perpecahan.

Menurut Perwakilan Bahagian Pandan, Selangor, Ilkham Abu Bakar, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum, setiap tutur kata terutama oleh pemimpin perlu ditapis terlebih dahulu agar kenyataan berbentuk perkauman tidak dikeluarkan.

Jelasnya, kesemua ahli parti perlu memandang serius terhadap peringatan itu bagi memastikan kelangsungan kerajaan untuk membangunkan dan memerintah negara tidak terganggu.

“Kita satu Malaysia. Baik jaga perkataan dari menghiris hati. Sama-sama hormat-menghormati. Kita sekarang (sedang) bersatu dan bersama membangunkan ekonomi.

"Saya terlalu setuju dengan percakapan dan Ucapan Presiden,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ahmad Zahid mengingatkan agar tidak mengusik hati dan perasaan orang Melayu adalah bagi memadamkan kecurigaan sesama parti-parti dalam kerajaan.

Selain itu, Perwakilan dari Jerantut, Pahang, Ahmad Nizam Mohd Hassan berkata, parti dalam kerajaan gabungan itu perlu mengubah perspektif iaitu saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.

Jelasnya, akar umbi juga perlu melakukan perubahan iaitu menghentikan perbalahan dan ungkit-mengungkit terhadap kisah silam.

“Tidak patut keluarkan sebarang kenyataan guris hati kaum ini. Bukan sahaja Melayu, tetapi Cina dan juga India. Kita ini berbilang bangsa. Tidak macam Jepun, Korea yang hanya ada satu bangsa.

“Di Malaysia, (kita) berbeza. Budaya juga berbeza. Sentimen perkauman perlu dipandang berat. Kalau selalu main dengan sentimen, maksudnya kita sentiasa terkongkong dengan kecurigaan.

"Kita tidak boleh nak maju. Kena berjiwa besar, bersangka baik,” ujarnya.

Perkara sama turut diakui oleh Perwakilan dari Pasir Puteh, Kelantan iaitu Suriany Jaffar dengan memaklumkan bahawa isu pertelingkahan antara UMNO dan DAP yang berlaku sebelum ini tidak perlu ditimbulkan semula.

“Bila dalam kerajaan, kedua-dua parti harus saling menghormati. Sedia maklum, UMNO dan DAP mempunyai ideologi politik yang sangat berbeza. Bila berada dalam Kerajaan Madani, masing-masing parti kena menjaga setiap tutur kata.

“Gabungan ini perlu fokus kepada negara, pembangunan ekonomi, sosial dan apa jua yang menjadi misi dan matlamat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun

Tuduhan tidak bela Najib, cuba pecah belah UMNO - Puad Zarkashi

UMNO lulus pindaan perlembagaan permudah daftar keahlian baharu

PAU 2023: PM ikut sama nyanyi lagu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'

PAU 2023: Tajuddin tetap hadir walaupun digantung keahlian