Lawak biadab: Kerajaan serah SKMM, PDRM buat siasatan

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat siasatan terhadap pelawak kontroversi Singapura, Jocelyn Chia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan itu dibuat bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

“Kita serahkan kepada pihak berkuasa SKMM dan juga PDRM untuk melakukan siasatan untuk diambil tindakan.

“Kita serahkan juga perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang akhbar selepas melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.

Video Jocelyn mempersendakan Malaysia dalam persembahan komedi bertajuk 'Singapore vs Malaysia' di New York, Amerika Syarikat kini tular.

Jenaka dibuat oleh peguam yang kemudian menjadi pelawak itu antaranya menyentuh mengenai pesawat malang Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 selain membandingkan kemajuan antara kedua-dua negara.

Tindakan biadab wanita berkenaan mengundang kemarahan rakyat di negara ini dan ada yang menggesa agar kerajaan mengharamkan Jocelyn daripada memasuki Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawak melampau: Singapura mohon maaf

Malaysia kecam jenaka keterlaluan pelawak Singapura

Netizen kecam pelawak Singapura jadikan MH370 bahan jenaka

Guna MH370 bahan jenaka adalah keji, jijik - Isteri pramugara

Jenaka MH370: 'Pelawak perlu tahu sensitiviti, empati'