Malaysia kecam jenaka keterlaluan pelawak Singapura

Zambry - Foto Bernama
Zambry - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri mengecam pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan mempersenda tragedi yang pernah melanda Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan pelawak tersebut langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa.

Tegas beliau, rakaman video Jocelyn Chia jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila.

"Saya percaya ini bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan.

Tangkap layar video TikTok pelawak Singapura jadikan kehilangan kapal terbang MH370 sebagai bahan jenaka, mengundang kecaman ramai.
Tangkap layar video TikTok pelawak Singapura jadikan kehilangan kapal terbang MH370 sebagai bahan jenaka, mengundang kecaman ramai.

"Saya berharap sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara," katanya.

Jocelyn menerusi video berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik menerusi laman sosial TikTok menggunakan Malaysia sebagai bahan jenaka dalam satu persembahan komedi berdiri mengundang kecaman netizen kerana ia seolah-oleh menghina negara.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan turut memperlekehkan tragedi kehilangan kapal terbang MH370.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kecam pelawak Singapura jadikan MH370 bahan jenaka

Guna MH370 bahan jenaka adalah keji, jijik - Isteri pramugara

Jenaka MH370: 'Pelawak perlu tahu sensitiviti, empati'