Polis kesan penumpang lelaki cabul pelajar perempuan

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

GERIK - Polis mengesan seorang penumpang lelaki yang disyaki meraba pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dalam sebuah bas ekspres di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada mangsa berusia 22 tahun yang membuat laporan di Balai Polis Banggol Judah, Kelantan.

"Mangsa mendakwa telah diraba seorang lelaki berusia lingkungan 20an yang duduk di kerusi belakang semasa dalam perjalanan dari Seri Iskandar ke Tanah Merah, Kelantan.

"Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang tidur dan bas ekspres berada berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu cabul.

Orang ramai yang mengetahui kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.