Sila log masuk terlebih dahulu.

UMNO bukan takut DAP, tapi…

08 Jun 2023 | Video Shorts
A
A
A
UMNO bukan takut DAP, tapi...

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata UMNO tidak takut dengan DAP kerana kedua-dua parti ini 'memancing' di kawasan yang berlainan.

Tegasnya, UMNO di dalam gabungan Kerajaan Perpaduan mendominasi kawasan luar bandar, manakala kawasan bandar pula dikuasai DAP. Menurutnya, mereka tidak seperti Pas dan Bersatu yang bersaing di kawasan yang sama di mana majoritinya diduduki bangsa Melayu.

Ikuti perbincangan menarik di antara Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Pusat, Tan Sri Rahim Tamby Chik; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nor Azrina Surip dalam Wacana Siri 400 yang bertajuk 'PRN: Siapa patut rakyat pilih' di semua platform digital Sinar Harian.

Video penuh: https://fb.watch/k_UmJcvm61/?mibextid=qC1gEa

#SinarHarian #WacanaSinar