Sila log masuk terlebih dahulu.

Ideologi ‘Malaysian Malaysia’ sangat bahaya

08 Jun 2023 | Video Shorts
A
A
A
Ideologi ‘Malaysian Malaysia’ sangat bahaya

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Pusat, Tan Sri Rahim Tamby Chik menegaskan ideologi yang dibawa oleh DAP iaitu ‘Malaysian Malaysia’ sangat berbahaya pada masa depan negara.

Menurutnya, kesamarataan yang diperjuangkan ini akan menjadi asas kepada ideologi liberalisme dan pluralisme.

Ikuti perbincangan menarik di antara Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Pusat, Tan Sri Rahim Tamby Chik; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nor Azrina Surip dalam Wacana Siri 400 yang bertajuk 'PRN: Siapa patut rakyat pilih' di semua platform digital Sinar Harian.

Video penuh: https://fb.watch/k_UmJcvm61/?mibextid=qC1gEa

#SinarHarian #WacanaSinar