Polis teruskan pencarian Zahiruddin

Ahmad Dzaffir
Ahmad Dzaffir
A
A
A

KAJANG - Polis masih meneruskan pencarian seorang kanak-kanak berusia 8 tahun yang hilang di kawasan kediamannya di Bandar Seri Putra, Bangi, 15 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata setakat ini masih belum terdapat sebarang perkembangan terbaru mengenai kes kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi.

"Pencarian masih lagi diteruskan, belum terdapat sebarang petunjuk terbaru mengenai kes ini.

"Pencarian meliputi seluruh kawasan dan tempat dalam Kajang dan masa sama makluman mengenai kehilangan kanak-kanak ini telah diberi makluman kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Katanya, siasatan turut dijalankan meliputi semua aspek tentang kehilangan kanak-kanak ini.

Hebahan mengenai kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi telah disebarkan melalui Nur Alert.
Hebahan mengenai kehilangan Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi telah disebarkan melalui Nur Alert.

"Siasatan dilakukan merangkumi semua aspek termasuk unsur jenayah bagi merungkai misteri kehilangan kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak ini diminta menghubungi penyiasat kes, Sarjan Farah Nadia Mohd Hashim di talian 012-3600232 atau berhubung dengan balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian 15 April lalu, Muhammad Zahiruddin dilaporkan keluar dari rumahnya di sebuah flat di Bandar Seri Putra, Bangi sekitar jam 8 pagi untuk bermain bersama rakannya sebelum dilaporkan hilang.

Kehilangan Muhammad Zahiruddin disedari ibunya Sainih Sunding, 46, sebaik tiba di rumah selepas pulang dari tempat kerja pada jam 7 malam.

Bapa mangsa Mohd Fauzi Abdul Ghaffar, 45, kemudiannya membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Balai Polis Bangi, awal pagi 16 April lalu sebelum disebarkan melalui Nur Alert.

ARTIKEL BERKAITAN Budak lelaki lapan tahun hilang selepas keluar rumah