Kilang plastik Telok Gong terbakar

Kebakaran di sebuah kilang plastik di Telok Gong, di sini awal pagi tadi. (Gambar kecil: Hafisham)
Kebakaran di sebuah kilang plastik di Telok Gong, di sini awal pagi tadi. (Gambar kecil: Hafisham)
A
A
A

PORT KLANG - Kecekapan pasukan bomba dan penyelamat mengawal kebakaran sebuah kilang plastik di Telok Gong, di sini awal pagi tadi berjaya menyelamatkan beberapa buah kilang terletak bersebelahan daripada turut terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.30 pagi.

Menurutnya sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Andalas, Pelabuhan Klang, Kota Anggerik, Sungai Pinang dan Serdang dengan kekuatan 6 pegawai dan 34 anggota tiba di lokasi 13 minit kemudian.

No Image Caption

“Kebakaran melibatkan keluasan 100 kaki. Api berjaya dikawal dalam masa 10 minit daripada merebak ke kilang lain.

“Terdapat tiga kilang termasuk satu premis yang mempunyai kenderaan-kenderaan kontena berjaya diselamatkan daripada terlibat kebakaran,”katanya.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: