Projek Turapan Mega dijangka selesai Julai

Kerja-kerja turapan dilaksanakan Infrasel Sdn Bhd melalui kontrak jangka panjang

A
A
A



SHAH ALAM - Projek Turapan Mega Selangor secara besar-besaran di sembilan daerah meliputi jarak 94.9 kilometer yang bermula pada Khamis dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Julai ini.

Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan dana berjumlah sebanyak RM50 juta daripada Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) bagi perlaksanaan projek berkenaan.

Projek terbahagi kepada lima fasa ini mengikut perancangan dan garis masa ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR), sementara bagi kerja-kerja turapan dilaksanakan Infrasel Sdn Bhd melalui kontrak jangka panjang.