Remaja langgar polis ditahan

Polis turut sita motosikal Honda C70 yang ditunggang suspek ketika di tahan di Batu Gajah, semalam.
Polis turut sita motosikal Honda C70 yang ditunggang suspek ketika di tahan di Batu Gajah, semalam.
A
A
A

BATU GAJAH - Seorang remaja bertindak melanggar anggota polis sebagai cubaan meloloskan diri dalam Ops Lejang di Jalan Sri Wangsa di sini, semalam.

Tindakan berani itu gagal dan remaja terbabit ditahan atas beberapa kesalahan.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal bersendirian.

"Tiada sebarang kecederaan dialami anggota terlibat.

"Anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah mendapati enjin motosikal jenis Honda C70 berwarna biru yang ditunggang remaja berkenaan telah dicanai atau diusik dan disyaki motosikal curi," katanya.

Beliau berkata, suspek berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan," katanya.

Artikel Berkaitan: