Ratu Wushu Asia Tenggara peluk Islam

No Image Caption
A
A
A
PENYANDANG pingat Emas Asian Games 2018 bagi acara Wushu, Lindwells Kwok memilih untuk masuk Islam setelah mengkaji tentang agama tersebut.

Demikian pengakuan yang dibuat Ratu Wushu Asia Tenggara tersebut seperti yang dilaporkan oleh detik.com.

Namun dalam satu video lain, beliau menegaskan bahawa keputusan untuk beliau ‘pindah agama’ bukanlah dibuat atas sebab ingin menikahi buah hatinya, rakan atlet Achmad Hulaefi.

Sebaliknya menegaskan tindakan untuk memilih Islam berdasarkan kepada keyakinan akan kebenarannya dan bukan disebabkan perkara lain.

Menurutnya yang diwawancara saluran Kumparan di YouTube, perhubungan mereka tiada istimewa sama seperti pasangan lain.

Kata Lindwells Kwok, Achmad menyuntingkan sebagai pasangan hidup setelah dirinya memeluk Islam.

Perkahwinan mereka diadakan Isnin lalu dengan penuh meriah tetapi sederhana demi menghormati

ahli keluarga Lindwells Kwok yang masih belum boleh menerima pilihannya memeluk Islam.

Lindwells Kwok berkecimpung dalam arena sukan wushu sejak berusia 15 tahun dan aktif hingga ke arena antarabangsa.
Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun, akibat kecederaan lutut yang dideritanya, dia memilih untuk bersara. – Tribun News