UMNO Selangor gerakkan 25,000 ahli sertai himpunan anjuran Ummah

Mat Nadzari (tengah) bersama kepimpinan UMNO Selangor bermesyuarat di Bangunan UMNO Selangor di sini malam tadi.
Mat Nadzari (tengah) bersama kepimpinan UMNO Selangor bermesyuarat di Bangunan UMNO Selangor di sini malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO Selangor menggerakkan 25,000 ahlinya untuk menyertai perhimpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di pintu masuk sebuah kompleks beli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada 4 Mei ini.

Timbalan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan berkata, UMNO Selangor setuju untuk bersama dalam himpunan membantah isu Statut Rom yang dianggap tidak jelas kedudukannya.

"Himpunan juga diadakan bagi mempersoalkan kegagalan kerajaan mengadili pembunuh Adib dan pengiktirafan UEC tanpa syarat," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini malam tadi.

Statut Rom merupakan satu deklarasi yang membenarkan ICC menyiasat sebarang aduan mengenai empat jenayah utama dalam statut iaitu jenayah perang, jenayah pencerobohan, jenayah kemanusiaan dan jenayah pembunuhan beramai-ramai.

Artikel Berkaitan: