Tiga remaja pesan makanan ‘drive thru’ naik kuda

Gelagat tiga remaja perempuan menunggang kuda dan memesan makanan secara pandu lalu di restoran makanan segera.
Gelagat tiga remaja perempuan menunggang kuda dan memesan makanan secara pandu lalu di restoran makanan segera.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Gelagat tiga remaja perempuan membeli makanan di sebuah restoran makanan segera popular di sini pada waktu malam dengan menunggang kuda mencuri perhatian netizen.

Melalui video yang dimuatnaik dalam aplikasi TikTok, remaja itu dilihat menunggang tiga ekor kuda dan beratur di belakang sebuah kereta menunggu giliran untuk memesan makanan secara pandu lalu.

Selesai memesan, mereka kemudian membuat bayaran dan mengambil makanan yang dipesan.

Video itu berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 850,000 dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang menyifatkan kejadian itu melucukan, jarang-jarang berlaku selain menunggang Ferrari sebenar.