Fahmi ucap tahniah kejayaan filem ‘Tiger Stripes’

Filem ‘Tiger Stripes’ kerana merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.
Filem ‘Tiger Stripes’ kerana merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan filem ‘Tiger Stripes’ kerana merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

Beliau berharap kejayaan itu menjadi inspirasi buat semua rakyat Malaysia.

“Tahniah filem Tiger Stripes mencipta sejarah, filem arahan anak Malaysia pertama yang merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

“Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Diterbitkan syarikat penerbitan Ghost Grrrl Pictures yang turut diasaskan oleh Amanda, Tiger Stripes berkisar tentang seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan dan perubahan drastik sewaktu mencapai usia akil baligh.

Filem debut oleh Amanda itu mempamerkan beberapa pelakon baharu seperti Zafreen Zairizal dan Deena Ezral serta veteran seperti Fatimah Abu Bakar dan Shaheizy Sam.

Filem berbahasa Melayu itu juga dicalonkan untuk anugerah kategori filem pertama terbaik, namun masih belum diumumkan.