Kuyun Talun

A
A
A
Pengerusi Persatuan Lun Bawang Sarawak cawangan Kuching Dr Mohd Shafiq Abdullah Mohd Shafiq menunjukkan Kuyun Talun atau baju yang diperbuat daripada kulit pokok talun, yang

dipakai golongan jejaka Lun Bawang ketika ditemui Bernama sempena Minggu Perpaduan di Tebingan Kuching hari ini.

زInilah tapi, khazanah Lun Bawang yang semakin dilupakan masyarakat. Kami mahu ia dipelihara dan ditonjolkan terutamanya kepada orang ramai yang tidak pernah tahu kewujudan alat

muzik ini,س katanya.

Mohd Syafiq yang dikenali sebagai Padan dalam kalangan komuniti Lun Bawang berkata usaha menghidupkan dan memperkenalkan semula tapi giat dilakukan menerusi bengkel pencarian

protege atau anak didik bertujuan meneruskan legasi alat muzik tradisional itu.

"Ticu mu do letu, Rimud do tu ayu (Jari jemarimu yang lembut, Senyumanmu yang manis)," demikian sebahagian daripada lirik Busak Baku, lagu rakyat etnik Lun Bawang di Bumi Kenyalang

ini.

Lagu yang merujuk kepada sejenis bunga itu, didendangkan bersama alunan alat muzik tradisional dikenali sebagai 'tapi', lembut berkumandang di Tebingan Kuching yang menjadi pentas

sambutan Minggu Perpaduan Negara di sini.

Gabungan dendangan mempesonakan pemuzik tradisional Lun Bawang, Peter Rinung Paris, 50, lirik Busak Baku serta petikan 'tapi' itu

menghentikan langkah pejalan kaki di situ yang terpegun dan tertanya-tanya alat muzik apa yang dimainkan kerana ia mirip satu lagi alat muzik tradisional Sarawak iaitu sape, tetapi saiznya

lebih kecil.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenyir Elephant Conservation Village

No Image Caption
GALERI

Cuaca Panas

No Image Caption
GALERI

Nyamuk Aedes berwolbachia

No Image Caption
GALERI

Sambutan Hari Bomba Sedunia 2024