Majoriti tak setuju DAP mampu tarik undi Melayu

Rata-rata pengguna di media sosial berpandangan DAP tidak mampu untuk menarik undi orang Melayu terhadap parti itu.
Gambar atas: Keputusan poll di Twitter Sinar Harian. Gambar bawah: Keputusan poll di Instagram Sinar Harian.
Rata-rata pengguna di media sosial berpandangan DAP tidak mampu untuk menarik undi orang Melayu terhadap parti itu. Gambar atas: Keputusan poll di Twitter Sinar Harian. Gambar bawah: Keputusan poll di Instagram Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata pengguna di media sosial berpandangan DAP tidak mampu untuk menarik undi orang Melayu terhadap parti itu.

Berdasarkan undian di laman Instagram Sinar Harian dalam tempoh 24 jam bermula jam 2 petang Ahad mendapati 74 peratus daripada 1,123 yang mengundi tidak bersetuju, 14 peratus bersetuju manakala lapan peratus mengatakan tidak pasti.

Lima peratus pula memberi pendapat mungkin DAP mampu untuk menarik undi orang Melayu terhadap parti itu.

Bagi undian di laman Twitter Sinar Harian pula menunjukkan peratusan yang sama iaitu sebanyak 42 peratus bersetuju dan tidak bersetuju manakala sembilan peratus; mungkin selain tujuh peratus lagi tidak pasti mengenai kenyataan bahawa DAP mampu menarik undi orang Melayu.

Sementara itu, di Facebook pula mendapati rata-rata orang ramai memberi pandangan berbeza mengenai isu berkenaan.

Bagi pemilik akaun Facebook bernama Pendekar Dayak berkata, tiada yang mustahil di dunia ini sekiranya DAP mampu untuk menarik undi orang Melayu.

"Dulu orang kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mustahil jadi Perdana Menteri, beliau hanya Perdana Menteri tepi sahaja tetapi sekarang beliau sudah jadi Perdana Menteri... semua dah tertulis dan ketentuan-Nya," katanya.

"Mampu jika dulu PKR, Amanah dan sekarang ada UMNO. Pilihan Raya Umum ke-16 menang besarlah," ujar pemilik akaun Facebook bernama Rizalman Saari.

"Tunggu sahaja keputusan Pilihan Raya Negeri nanti...akan terjawab semua persoalan menteri dan penganalisis politik," luah pemilik akaun Facebook bernama Kapten Adudu.

Pada Jumaat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN memilih calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui sukar untuk mengubah 'pegangan' penyokong untuk menerima kehadiran parti DAP sebagai rakan sekutu dalam Kerajaan Perpaduan hari ini, namun tidak mustahil dilakukan.

Beliau berkata, hal ini kerana perspektif negatif itu telah diterapkan sejak 22 tahun lalu oleh kepimpinan terdahulu semasa memerintah negara.

ARTIKEL BERKAITAN:

Mampukah DAP tarik undi orang Melayu?

'Sokong UMNO, pangkah DAP'

Tolak sokong DAP, manfaatkan PN - Penganalisis

Janggal, luar biasa UMNO minta sokong DAP - Muhyiddin

'Muhyiddin pernah ajak rakyat sokong DAP' - Sheikh Umar

DAP disaran sokong UMNO, MCA tanda persefahaman - Ahmad Maslan

Sukar ubah penyokong terima DAP, tapi tak mustahil - Ahmad Zahid

PRN: Ahmad ajak pengundi UMNO pangkah calon DAP