Polis cekup suspek ceroboh rumah

No Image Caption
A
A
A

KLUANG - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes menceroboh rumah di Jalan Kampung Paya, di sini Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh, siasatan awal lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu mempunyai lapan rekod jenayah jenayah.

Katanya, hasil ujian air kencing juga mendapati lelaki berkenaan positif dadah.

"Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian menceroboh rumah di Jalan Kampung Paya, di sini pada jam 4 petang, Isnin lalu.

"Suspek dipercayai masuk (menceroboh), dengan cara memanjat pagar hadapan rumah.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, telah berjaya menahan suspek," katanya pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Suspek telah direman mulai Selasa lalu dan telah dituduh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan pada Khamis.