Harap impian ada masjid sendiri jadi kenyataan

Tapak pembinaan Masjid Ibn Abbas seluas 0.4 hektar.
Tapak pembinaan Masjid Ibn Abbas seluas 0.4 hektar.
A
A
A

KOTA BHARU - Penduduk Kampung Jejulok, Mukim Simpangan, Tumpat berharap impian mereka untuk mempunyai masjid sendiri di kampung itu menjadi kenyataan.

Masjid yang dinamakan Masjid Ibn Abbas itu memerlukan kos keseluruhan sebanyak RM6 juta untuk pembinaan di atas tanah seluas 0.4 hektar.

Pengerusinya, Ghazali Isa (Poknuh) berkata, buat masa ini ada jemaah yang terpaksa berjalan sejauh 2.5 kilometer (km) untuk ke Masjid Mukim Simpangan.

Menurut beliau, lebih bersimpati apabila ramai warga emas yang terpaksa 'meredah' cuaca panas terik ketika ini untuk mengerjakan solat sunat Jumaat yang menjadi kewajipan setiap minggu.

"Sebagai penduduk Kampung Jejulok, jemaah tetap melaksanakan syariat agama walaupun terpaksa berpanas terik atau hujan lebat untuk ke masjid di kampung bersebelahan.

"Justeru, kami berharap pembinaan masjid di kampung itu dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau memberitahu, banyak manfaat yang boleh dilakukan jika masjid itu dapat disiapkan terutama program berkaitan keagamaan melibatkan pelbagai golongan di kampung itu.

Beliau memohon orang ramai berwakaf dan infaq bagi pembinaan Masjid Ibn Abbas, Kampung Jelujok melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di akaun 0301741000090870 di bawah nama Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Masjid Kampung Jelujok.

Orang ramai juga boleh terus ke laman web https://masjidibnabbas.onpay.my/order/form/1.