Forum kritik Raja-Raja Melayu, mana suara Peguam Negara?

AHMAD AMZAD HASHIM
AHMAD AMZAD HASHIM
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Peguam Negara, Tommy Thomas dibidas kerana turut serta dalam satu forum di Universiti Malaya yang dilaporkan menjadi medan menghasut kebencian rakyat kepada Raja-Raja Melayu, kelmarin.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, sangat pelik bagi seorang Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan diuar-uarkan sebagai pakar perlembagaan tidak tahu bahawa kandungan ucapan salah seorang panel, Dr Syed Husin Ali yang bersifat menghasut.

Difahamkan, Dr Syed Husin yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, telah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang mungkin mencetuskan kebencian terhadap institusi Raja-Raja di Malaysia.

“Peguam Negara duduk sekali dalam forum yang sepatutnya membincangkan secara ilmiah tentang Statut Rom, sebaliknya dilaporkan menjadi medan menghasut kebencian rakyat kepada Raja-Raja Melayu dan menghina empat pakar perundangan yang mendedahkan bahaya Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja.

“Membiarkan sahaja perbuatan itu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sangat menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Amzad, sebagai Peguam Negara, sekurang-kurangnya Tommy perlu menegur dan membetulkan kenyataan tersebut atas kapasitinya selaku Peguam Negara.

“Sama seperti beberapa hari yang lalu, ekoran kenyataan Perdana Menteri bahawa Perlembagaan Negeri Johor dan Terengganu terbatal apabila Malaysia ditubuhkan, di manakah peranan Peguam Negara untuk menasihati kerajaan sehingga timbul dakwaan baharu yang sangat menyeleweng ini?

“Saya dimaklumkan laporan polis telah dibuat terhadap ucapan tersebut dan lagi pelik apabila Peguam Negara boleh bersama dalam majlis yang dianggap sebagai jenayah terhadap Raja-Raja Melayu oleh sebahagian rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegas beliau, berdasarkan prestasi yang ada, Tommy dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan dan mencetuskan rasa kurang senang rakyat dalam isu-isu yang membabitkan negeri, Raja-Raja Melayu dan Islam.

Katanya, Tommy patut dipecat kerana mengekalkannya sebagai Peguam Negara hanya membenarkan lebih banyak kerosakan berlaku terhadap negara, melainkan PH sudah bersedia untuk kalah PRU15.

ARTIKEL BERKAITAN Individu kritik Raja-Raja Melayu akan dipanggil polis