Tanam Musang King di Felda

Salahuddin menunjukkan terung hasil tanaman pelajar menerusi program "My Green Team" di SMK Dato Penggawa Barat, di sini hari ini.
Salahuddin menunjukkan terung hasil tanaman pelajar menerusi program "My Green Team" di SMK Dato Penggawa Barat, di sini hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Penanaman durian Musing King di kawasan Felda antara yang dicadangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berikutan perkembangan industri agro makanan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kajian akan dibuat terlebih dahulu bagi menentukan tanah-tanah di kawasan Felda yang sesuai bagi penanaman durian Musing King.

“Kementerian saya bersama Kementerian Hal Ehwal Ekonomi di bawah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan mesyuarat pada 3 Mei ini. Cadangan penanaman durian Musing King antara yang dibincangkan,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran “My Green Team” kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang dengan Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Dato Penggawa Barat, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin menyangkal dakwaan harga benih padi sah mahal menyebabkan penjualan benih padi tidak sah atau berpenyakit yang lebih dikenali sebagai “benih hantu” meningkat di pasaran.

Katanya, terdapat sembilan syarikat yang diberikan lesen bagi membekalkan benih padi sah kepada pesawah di negara ini.

“Jika bekalan tidak cukup, pengeluaran benih padi akan ditambah pihak syarikat yang diberikan kontrak ini.

“Namun apa lebih penting golongan pesawah sepatutnya tidak membeli benih padi tidak sah kerana ia akan membawa pelbagai masalah seperti bawaan penyakit tanaman padi,” katanya.

Artikel Berkaitan: