Premis barang terpakai, besi buruk diserbu

Premis barangan terpakai dan besi buruk tidak berlesen di Klang diserbu Jabatan Penguatkuasa MPK. - Foto FB Majlis Perbandaran Klang
Premis barangan terpakai dan besi buruk tidak berlesen di Klang diserbu Jabatan Penguatkuasa MPK. - Foto FB Majlis Perbandaran Klang
A
A
A

KLANG - Sebuah premis menyimpan dan menjalankan perniagaan barangan terpakai dan besi buruk tidak berlesen di daerah ini diserbu Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK).

MPK dalam kenyataan berkata, premis bersebelahan kediaman di Jalan Keretapi Lama itu dikenakan kompaun di bawah kesalahan UUK 3 Pelesenan,Tred Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

"Kompaun dikeluarkan kerana menjalankan aktiviti menyimpan dan menjual barang lusuh tanpa lesen," kata kenyataan menerusi laman Facebook pihak berkuasa tempatan itu pada Khamis.

Sebelum ini, isu premis yang menjalankan aktiviti menyimpan dan menjual barang lusuh di kawasan itu telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Penyelarasan Aduan Berkarat pada 9 Mei lalu.

MPK menambah, selain kompaun atas kesalahan beroperasi tanpa lesen, Jabatan Bangunan juga akan mengeluarkan notis perobohan ke atas struktur telekomunikasi yang didirikan di situ tanpa kelulusan.