Hapus skandal rasuah, elak negara rugi

SKANDAL rasuah dalam kalangan penjawat awam di beberapa kementerian dilihat semakin membarah apabila Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussein Mohamed Ariff mendedahkan Malaysia kerugian sebanyak RM4.5 trilion sepanjang tempoh 26 tahun lalu akibat rasuah.
Dalam pada itu, seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan meminta termasuk menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jun dan Julai tahun lalu.
Ia susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenakan empat pertuduhan rasuah terhadap seorang individu bernama Datuk Seri Sim Choo Thiam.
Pertuduhan tersebut ada menyebutkan bahawa ia membabitkan projek-projek di bawah KDN semasa Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjadi menterinya.