X

Kindly register in order to view this article
!

'Hitam' juara petik kelapa

HItam bersama tuannya bersedia untuk menyertai cabaran memetik buah kelapa.
A
A

BESUT – Penyertaan julung kali seekor beruk digelar Ite (Hitam) dalam pertandingan Memetik Buah Nyior (kelapa) membuahkan hasil apabila beruk jantan itu muncul johan pertandingan tersebut yang berlangsung di pantai Air Tawar di sini, semalam.

Beruk berusia lingkungan lima tahun milik Mohd Azureen Abdullah, 25, itu menewaskan 22 ekor beruk lain dalam pertandingan sempena Program Pekan Budaya Jom Singgah Besut 2019.

Hitam berjaya menjatuhkan tiga biji kelapa dengan catatan masa terpantas iatu 27.60 saat menewaskan pencabar terdekatnya Pok Cek yang mengambil masa 35.33 saat untuk menjatuh jumlah kelapa sama.

Kemenangan Hitam melayakkan Mohd Azureen dari Kampung Gong Jelutong membawa pulang hadiah sebuah basikal.

Menurut Mohd Azureen, walaupun hadiah tidak besar mana namun kemenangan itu amat menggembirakannya memandangkan beruk itu baru sahaja dua bulan dibelinya.

“Saya baru beli Hitam dengan harga RM1,500 dari pemilik asalnya di Kampug Bukit Rambutan dekat Jabi,”katanya yang tinggal di Gong Jelutong dekat Tembila.

Mohd Azureen berkata, Hitam merupakan salah seekor daripada tiga beruk peliharaannya yang bertugas memetik kelapa setiap hari selain Candik dan Kuning.