Sabalenka padu, unggul di Madrid

Sabalenka
Sabalenka
A
A
A

PILIHAN kedua dari Belarus, Aryna Sabalenka meneruskan prestasi menakjubkannya tahun ini apabila mengatasi pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek dalam aksi final Terbuka Madrid.

Juara Terbuka Australia itu merangkul kejuaraan berkenaan setelah menjinakkan juara Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat 2022 tersebut 6-3, 3-6, 6-3 dalam masa dua jam 25 minit.

Kemenangan itu juga menebus kekalahannya kepada pemain Mdari Poland tersebut dalam perlawanan akhir Terbuka Stuttgart bulan lalu.

“Sejujurnya saya sangat menghormatinya. Dia seorang pemain yang hebat, dan apa yang dia lakukan musim lalu dan apa yang terus lakukan benar-benar memotivasikan saya untuk bertambah baik, terus bekerja keras dan berjuang. Ya, saya tahu bahawa perlawanan hebat ini ibarat sentiasa berperang dengannya.

“Untuk meraih kemenangan ini terutamanya di gelanggang tanah liat, sesuatu yang sukar dipercayai. Saya benar-benar gembira apabila dapat menyainginya dan memperoleh kemenangan ini. Jadi tidak begitu membosankan untuk orang ramai menonton perlawanan kami,” kata Sabalenka.