Bunuh abang kekasih, tukang rumah diarah bela diri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini, hari ini memerintahkan seorang tukang rumah membela diri atas dakwaan membunuh abang kekasihnya, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Hafiz Mohamad, 32.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin di kawasan parkir Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu kira-kira jam 11.30 pagi pada 16 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan dan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah.

Mahkamah menetapkan keterangaan pembelaan terhadap tertuduh diwakili peguam bela, Mazlan Md Zain itu pada 13, 14 dan 15 Mei ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi 16 Oktober 2016, suspek menikam sampai mati abang teman wanitanya yang juga seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di parkir Kompleks Darul Iman Kuala Terengganu, selepas status perkahwinannya terbongkar apabila keluarga kekasihnya membuat pemeriksaan di pejabat agama di sini.

Artikel Berkaitan: